Cara & Kelebihan Jual Rumah Guna Ejen Berdaftar

Saya, Mohd Fazrizan (Fazri) adalah Ejen Hartanah Berdaftar (00143) dan berdaftar di bawah firma agensi hartanah iaitu TARAS 28 PROPERTY. Berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri. Berminat untuk mendapatkan khidmat saya untuk menjualkan rumah/hartanah? (KL & Selangor sahaja). Hubungi atau whatsapp saya di talian 013-3700067 

Kelebihan & Cara Jual Rumah Guna Agen /Ejen Hartanah

Apa kelebihan mengunakan khidmat agen / ejen hartanah untuk bantu kita jual rumah atau hartanah? Disini ada beberapa kelebihan yang ada pada mereka, agen /ejen hartanah yang akan memudahkan urusan yang rumit untuk dihadapi pihak penjual.

1. Pengetahuan berkaitan Harga Pasaran Vs Harga Permintaan (Demad Price)

Agen hartanah memiliki kemahiran tinggi dalam memberi nasihat yang terbaik dalam menentukan harga paling sesuai sebelum proses pemasaran dijalankan. Kesilapan meletakkan harga akan menyebabkan kerugian jika terlalu rendah atau kesulitan berpanjangan serta sukar menemui pembeli jika harga terlalu tinggi.

Meletakkan harga bukan sekadar bergantung kepada rujukan kepada pihak bank untuk mengetahui nilaian semasa, tetapi di sana adalah lebih penting mengetahui trend semasa graf demand vs supply bagi menentukan harga yang paling logik untuk diterima bakal pembeli.

2. Jaringan Network Besar Agen Hartanah

Network yang baik juga mampu memudahkan urusan jual beli. Kelebihan yang ada kepada agen hartanah adalah mereka mempunyai jaringan rakan bisnes besar terutamanya pegawai bank dan lawyer. Dua watak penting dalam transaksi ini, jika tersilap berurusan dengan pegawai atau firma yang kurang efektif, mampu menyebabkan proses transaksi menjadi semakin rumit dan berpanjangan.

Rangkaian rakan agen juga akan mempercepatkan proses mendapatkan pembeli. Dengan hanya melantik seorang agen secara eksklusif, mereka akan menyalurkan info kepada ribuan rakan agen mereka untuk mempercepatkan proses mendapatkan pembeli.

3. Agen Hartanah Memiliki Ilmu Pemasaran (Marketing) & Perundingan (Negotiation)

Agen hartanah memiliki ilmu medium pemasaran yang efektif antara online dan offline. Mereka juga akan kaji teknik iklan yang baik yang mampu menarik bakal pembeli. Medium iklan online dan offline amat berbeza pendekatannya (approach). Jika teknik iklan tak tepat atau silap, proses menemui pembeli biasanya akan jadi sukar.

4. Agen Hartanah Memiliki Ilmu Perundingan (Negotiation)

Ilmu negotiation pula ia tak semudah ABC nak dipelajari dan diaplikasi. Tetapi, agen hartanah biasanya memiliki ‘menapis’ pembeli yang serius dan berkualiti bagi mengelakkan pihak penjual terjerumus ke lembah transaksi rumah yang merumitkan dan berpanjangan. Ilmu ini hanya akan dikuasai hasil gabungan teori dan pengalaman. Kebiasaannya, ramai pembeli akan muncul bila sesuatu rumah diiklankan, tetapi apa yang berlaku, biasanya lebih ramai pembeli yang ‘main-main’ dan tidak serius. Kelebihan agen hartanah, mereka akan menekankan komitmen tinggi kepada pihak pembeli agar ambil serius terhadap tanggungjawab sebagai pembeli.

Okay, seterusnya kita bincang CARA melantik ejen hartanah.

  1. Paling Penting, lantik hanya ejen yang memiliki Tag Nama yang sah sahaja yang dikeluarkan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Hartanah (LPPEH). Mereka wajib memiliki nombor REN, PEA atau E tersendiri.
  1. Perlantikan agen adalah melalui menandatangai surat perlantikan agen. Ia secara asasnya terbahagi kepada 3 jenis pelantikan iaitu eksklusif, sole atau ad-hoc. Agen akan menerangkan secara lengkap kepada anda terma-terma dan beza setiap jeis pelantikan.

Sebagai rumusan, kemahiran untuk menjual rumah amat penting. Tidak semestinya anda wajib melantik agen hartanah jika hendak jual rumah, Jika anda memiliki ciri-ciri yang dimiliki agen hartanah, tiada masalah untuk anda cuba jual sendiri. Tetapi jika elemen-elemen tersebut tiada, maka jalan melantik agen adalah jauh lebih baik.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *