Anda mungkin ada banyak sebab kenapa anda nak jual rumah anda. Mungkin anda kena keluar negara, mungkin anda nak pindah ke rumah yang lebih besar untuk memuatkan keluarga dan mak ayah mertua.
Tak kisahlah apa pun sebab dan situasi anda, di sini kami kongsi 11 langkah yang akan membantu anda dalam proses menjual rumah di Malaysia!
1) Semak Maklumat Tentang Rumah Yang Ingin Dijual
Pertama sekali, pastikan anda sediakan maklumat terperinci tentang rumah tersebut, termasuklah:
- Lot bumiputera atau bukan bumiputera? Jika lot bumiputera, ia hanya boleh dipindah milik kepada bukan bumiputera selagi ianya mematuhi garis panduan Kerajaan Negeri.
- Freehold atau leasehold? Freehold selalunya lebih mahal, manakala leasehold lebih berisiko.
Selain itu, buat semakan terhadap pinjaman perumahan, sama ada ia ada penalti bagi lock-in period.
Secara mudahnya, lock-in period adalah tempoh di mana peminjam tidak dibenarkan menjual hartanah mereka. Tapi kalau jual juga, itu yang kena penalti, biasanya sekitar 2% hingga 5%.

Katakanlah pinjaman perumahan anda bernilai RM300,000, kalau penalti 5% maknanya anda kena bayar RM15,000 tau!
2) Kaji Harga Pasaran Dan Tetapkan Harga Yang Anda Mahu
- Buat semakan dengan ejen hartanah
- Dapatkan perkhidmatan juru nilai profesional
- Tinjau harga hartanah-hartanah di PropertyGuru
3) Dapatkan Ejen Hartanah Untuk Menjual Rumah Anda

Ejen hartanah memainkan peranan penting untuk menjadikan proses jual beli rumah anda mudah dan teratur.

Anda boleh gunakan khidmat team kami untuk mencari ejen hartanah yang sesuai untuk anda!
4) Dapatkan Peguam Untuk Menguruskan Segala PerjanjianKebanyakan penjual dan pembeli memilih untuk berkongsi peguam yang sama bagi menjimatkan yuran guaman.Namun perlu diingat, dari segi undang-undang, peguam tidak boleh mewakili kedua-dua pihak kerana akan timbul konflik kepentingan.Sebab itulah penting bagi anda mencari dan melantik peguam sendiri. Peguam ni akan membantu anda menguruskan segala hal yang berkaitan dengan undang-undang, terutamanya bagi perjanjian jual beli.
Anda juga perlu mempertimbangkan yuran guaman yang terlibat. Jangan bimbang, yuran ni dah ditetapkan oleh Solicitors’ Remuneration Order.
Yuran guaman adalah seperti di bawah:
| Nilai jualan | Yuran guaman |
| Untuk RM500,000 pertama | 1.0% (minimum RM500) |
| Untuk RM500,000 seterusnya | 0.8% |
| Untuk RM2,000,000 seterusnya | 0.7% |
| Untuk RM2,000,000 seterusnya | 0.6% |
| Untuk RM2,5000,000 seterusnya | 0.5% |
Jika nilai jualan hartanah anda melebihi RM7.4 bilion, anda boleh berunding dengan peguam untuk yuran guaman, tapi ia selalunya tak lebih 0.5%.
5) Pastikan Rumah Anda Sedia Untuk Dilawat
Ini bahagian yang paling seronok bagi mereka yang suka mengemas rumah.
Tak perlu bazir duit beli hiasan tambahan untuk rumah anda, cukuplah sekadar anda pastikan rumah dalam keadaan bersih, terjaga, dan selesa didiami.
Pastikan lantai disapu dan dimop. Bersihkan dan lap ruang permukaan daripada habuk dan minyak, contohnya di atas meja, rak buku, kabinet, dan dapur.
Pastikan kelengkapan-kelengkapan asas di dalam rumah juga berfungsi, terutamanya yang anda pasti akan dicuba ketika pembeli datang ke rumah.
Ini termasuklah suis lampu, paip air, water heater, dan juga dapur. Anda mungkin perlu keluarkan sedikit belanja untuk membaiki apa-apa yang rosak.
Tak lupa juga dengan kawasan di luar rumah. Bersihkan laman anda daripada sampah dan daun-daun, dan potong rumput jika perlu.
6) Iklankan Rumah Anda
Cuba fikir akan pengalaman anda sendiri ketika melayari Internet untuk cari rumah untuk dibeli atau disewa. Perkara apa yang paling menarik minat anda?

Bila anda dah tapis hasil carian mengikut kawasan, harga, dan saiz rumah; perkara paling penting yang membuatkan rumah anda menonjol adalah gambar yang anda sediakan.
Dengan gambar yang jelas, pembeli dapat bayangkan macam mana mereka boleh duduk di dalam rumah anda, dan menjalani urusan mereka sehari-hari.
Anda tak semestinya kena cari jurugambar profesional untuk tugas ini. Cari contoh yang ada di Internet dan lihat macam mana mereka tangkap gambar, sudut apa yang mereka guna. Pastikan gambar anda terang dan jelas.
Pastikan juga keadaan rumah anda memang serupa dengan gambar. Jangan sampai masukkan almari, katil dan kelambu dalam gambar, tapi dalam bilik sebenarnya kosong.
Nanti bila pembeli datang, mereka mungkin akan rasa tertipu, buat membazir je masa semua orang kan?
7) Bersedia Untuk Proses ‘Viewing’
Bila anda dah dapat pembeli yang berminat untuk rumah anda, tetapkan temu janji mengikut keselesaan kedua-dua pihak.
Bila temu janji dah ditetapkan, pastikan anda benar-benar lapang dan mampu meluangkan masa. Temu janji ni akan memberi tanggapan pertama kepada pembeli.
Kalau anda buat mereka menunggu atau tiba-tiba kena tunda temu janji, mereka mungkin rasa yang anda tidak hormat akan masa mereka.
Mereka juga mungkin fikir yang anda tak profesional dan boleh mendatangkan masalah dalam urusan-urusan lain yang akan datang.
Jika anda terikat dengan komitmen masa atau tenaga, dapatkan khidmat ejen hartanah untuk mengendalikan proses ‘viewing’.
Sekali lagi, pastikan rumah tersebut dalam keadaan yang baik. Jika terdapat kerosakan kecil seperti paip bocor ataupun mentol lampu terbakar, baikinya terlebih dahulu.
8) Runding Harga Dengan Bakal Pembeli
Bila anda dah dapat pembeli yang setuju untuk membeli rumah anda, bermulalah proses rundingan.

Di sini, sediakan diri untuk proses tawar-menawar. Macam biasalah, mungkin anda ingin menaikkan sedikit harga daripada apa yang disasarkan, manakala pembeli pula akan meminta diskaun.
9) Tawaran Membeli (Letter of Offer)

Tawaran Membeli ini mengandungi maklumat-maklumat berikut:
- Nama pihak pembeli dan penjual
- Alamat lengkap rumah yang dijual
- Harga yang dipersetujui
- Jumlah deposit
- Sebarang kelengkapan yang dijual sekali
- Bila tarikh akhir perjanjian jual dan beli akan ditandatangani
10) Perjanjian Jual Beli (Sales & Purchase Agreement/SPA)
Seterusnya, Perjanjian Jual Beli ataupun Sales and Purchase Agreement (SPA) ni akan diuruskan oleh pihak peguam.

SPA berfungsi sebagai kontrak yang sah daripada segi undang-undang yang menggariskan butir-butir penjualan yang berlaku antara kedua-dua pihak.
11) Jangan Lupa Bayar Cukai!
Walaupun begitu, cukai ini hanya dikenakan kalau anda berjaya memperoleh keuntungan daripada proses jual beli ini. Kalau tiada sebarang keuntungan, tak perlu bayar cukai!
Berikut adalah kadar terbaru CKHT yang akan dikenakan kepada penjual untuk kategori penduduk tetap dan warganegara Malaysia:
| Tempoh masa milikan hartanah | Kadar CKHT |
| 0-3 tahun | 30% |
| 3-4 tahun | 20% |
| 4-5 tahun | 15% |
| 5+ tahun | 5% |
Apa yang menariknya, kerajaan ada bagi kemudahan kepada anda untuk membuat pengecualian sekali seumur hidup bagi pelupusan cukai rumah kediaman!
Kami harap artikel ini dapat membantu dalam menjual rumah anda. Selamat berjaya!
Sumber & credit to propertyguru.
