5 Tips Untuk Elak Ditipu Ejen Hartanah!

Ramai yang marah dan kecewa apabila diperdaya dalam urusan jual beli hartanah mahupun ketika urusan sewaan.  

Dengan mengikuti tips dibawah,peratusan untuk anda ditipu hanya tinggal 0.01%.

Jom kita lihat satu persatu.

1. Buat appointment atau sesi temujanji terlebih dahulu

Dalam urusan jual beli sesebuah rumah, anda dinasihatkan untuk membuat temujanji terlebih dahulu  bagi memastikan rumah yang diiklan itu benar-benar wujud. Melalui sesi temujanji juga anda boleh kenalpasti keadaan fizikal & persekitaran sebenar rumah yang dibeli. Gambar yang diiklankan tidak semestinya mengambarkan keadaan sebenar rumah tersebut.

Tambahan lagi anda akan dapat kenali siapakah ejen hartanah yang berurusan dengan anda dan dari situlah anda boleh minta butiran ejen tersebut untuk sebagai rujukan dikemudian hari

Jangan sesekali membuat bayaran “booking” atau apa-apa jenis bayaran deposit tanpa melalui peringkat proses urusan jual beli yang betul. Jika boleh, buat persediaan awal & kajian berkenaan proses  jual beli agar tidak terdedah dengan penipuan semasa sesi penerangan semasa temujanji dibuat.

2. Pastikan anda berurusan dengan Ejen Hartanah Berdaftar

Pastikan Ejen Hartanah tersebut bernaung dibawah agensi yang berdaftar dibawah pengawasan Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Hartanah (LPPEH). Pastikan Ejen Hartanah tersebut mempunyai REN Tag & REN No. Anda boleh dapatkan bisnes card perunding hartanah tersebut & buat semakan status ejen tersebut melalui laman sesawang: http://lppeh.gov.my (search for firm)

3. Kaedah bayaran & jumlah bayaran deposit.

Pastikan apabila membuat bayaran. Ia dilampirkan bersama-sama dengan “surat hitam putih” sama ada “booking form”, “Agreement To Purchase”, “Letter of Offer To Purchase” atau resit rasmi agensi berkenaan.

4. Penggunaan dokumen yang sah semasa berurusan

Pastikan apabila membuat bayaran. Ia dilampirkan bersama-sama dengan “surat hitam putih” sama ada “booking form”, “Agreement To Purchase”, “Letter of Offer To Purchase” atau resit rasmi agensi berkenaan.

5. Memasukkan syarat tambahan

Meminta ejen tersebut meletakkan syarat tambahan di dalam “booking form” selepas mendapat persetujuan bersama. Ini untuk mengelakkan “booking” yang diletakkan oleh anda hangus begitu sahaja. Sebagai contoh: “Deposit akan dipulangkan semula sekiranya permohonan pinjaman ditolak oleh bank” dan sebagainya.

PENUTUP

Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak akan dapat membantu anda diluar sana dalam berurusan dengan ejen hartanah dalam urusan jual beli rumah agar  segala urusan dilaksanakan dengan cara yang betul & selamat. 

Jadi pastikan anda menggunakan borang yang sah dalam urusan Jual Beli rumah bagi memastikan kepentingan anda sebagai pembeli terpelihara dari sebarang risiko yang tak diingini.

“Jom kongsi / SHARE info ini supaya ramai kenalan anda dapat manfaat”